Tuesday 20 March 2012

LITERASI MAKLUMAT

Maksud literasi :

Literasi bermaksud mempunyai pengetahuan yang secukupnya untuk menggunakan sesuatu.

Definisi maklumat :

Manakala maklumat adalah data yang telah diolah atau digubal untuk memberi makna kepada pengguna yang menggunakannya. Maklumat merupakan cetusan idea, pendapat pengertian, fakta atau pengetahuan baru yang dikemukakan untuk kegunaan pengguna semua.

Maksud literasi maklumat :

Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.
Doyle (1992) mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai satu kebolehan untuk mengekses, menilai dan mengunakan maklumat dari pelbagai sumber. Bahagian Teknologi Pendidikan (2002) pula mendefinasikan Literasi Maklumat sebagai “keupayaan untuk mengkakses dan menilai maklumat bagi membuat pemilihan dan menyelesaikan permasalahan secara efektif.”
Kemahiran yang terkandung dalam literasi maklumat:

• Kemahiran Maklumat
• Kemahiran Membaca
• Kemahiran Belajar
• Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif
• Kemahiran ICT
• Kemahiran Komunikasi
Bagaimana melaksana literasi maklumat disekolah :
Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran:
• Melalui Kerja Kursus
• Melalui Projek Khusus Mata Pelajaran Tertentu (Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup dan lain lain)
• Melalui Aktiviti di dalam Kelas
• Melalui Aktiviti Ko-Kurikulum
• Melalui Kerja Kendiri (independent study)
• Melalui Program/Aktiviti PSS
• Melalui Program Membaca
• Melalui Aktiviti Penyelesaian Masalah dan lain-lain
Peralatan dan bahan yang digunakan untuk pelaksanaan literasi maklumat :
Peralatan atau bahan yang boleh digunakan bagi melaksanakan Literasi Maklumat adalah seperti berikut:
• Panduan Guru
• Bahan-bahan kovensional di perpustakaan (bercetak dan bukan cetak)
• Komputer dan akses internet
• Bahan digital – sumber elektronik
• Sumber-sumber lain seperti agensi kerajaan dan orang perseorangan
Kemahiran maklumat yang perlu ada pada murid :
• Mengenalpasti keperluan maklumat
• Mengesan maklumat dan sumber maklumat yang pelbagai
• Menilai maklumat berdasarkan kualiti, ketepatan dan lain-lain
• Mempersembahkan maklumat

No comments:

Post a Comment