Thursday 16 February 2012

Bengkel Pengintegrasian ICT dalam P&P SMK Bukit Kepayang Fasa 2


Bengkel Pengintegrasian ICT dalam P&P Fasa 2 yang dijalankan pada hari ini adalah untuk guru-guru Bidang Sains Matematik, Teknikal dan Vokasional. Ucapan terima kasih kepada Pengetua Cemerlang SMK Bukit Kepayang Puan Hjh Sadariah, Penolong Kanan Akademik Datin Maimun, Ketua-Ketua Bidang dan semua guru yang hadir untuk berbengkel pada petang ini.


Bengkel yang dijalankan pada petang ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua guru berkaitan pengintegrasian ICT dalam proses P&P. Sebagaimana yang diketahui pada hari ini ICT menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja.
Apakah integrasi ICT?

Integrasi ICT bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran P&P (Pisapa1994). Matlamat utama integrasi ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu pelajar memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna, mengurus dan memahami ICT.

Peranan

Peranan ICT dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian.


Diharapkan guru-guru dapat meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dalam proses P&P selepas bengkel ini dijalankan. Fasilitator pada petang ini ialah En. Kamaruzzaman Hj Ayob (Penolong Pengarah BTPNNS - UPSP), Puan Rosmawati Abdullah (Pegawai Teknologi Pendidikan) dan Cik Radziah Abd Rahman juga Pegawai Teknologi Pendidikan dari BTPNNS.

Friday 10 February 2012

Bengkel Pengintegrasian ICT dalam P&P SMK Bukit Kepayang




Tahniah SMK Bukit Kepayang kerana telah berjaya menjalankan bengkel atau latihan dalam perkhidmatan. Bengkel telah diadakan di Pusat Sumber SMK Bukit Kepayang. Seramai lebih kurang 40 orang guru dari bidang Bahasa, Kemanusiaan dan Pendidikan Khas. 



Fasilitator terdiri daripada En Kamaruzzaman Hj Ayob, Puan Rosmawati dan Radziah Abd Rahman dari Bahagian Teknologi Pendidikan (UPSP).