Monday 19 March 2012

Frog VLE

Terdapat pelbagai takrifan tentangan pembelajaran maya dan berubah-ubah mengikut perspektif dimana pembelajaran maya tersebut dilaksanakan. Pembelajaran maya juga sering dikaitkan dengan  istilah-istilah dan konsep-konsep lain seperti e-pembelajaran, pembelajaran secara talian (on-line learning), pembelajaran jarak jauh, pembelajaran berasakan laman web dan  sebagainya. 


Menurut Rheingold (2004), persekitaran pembelajaran maya adalah berasaskan internet, yang dibina untuk menghubungkan ahli-ahli komuniti  dan membolehkan mereka berbincang, berkerjasama dalam melakukan tugasan atau projek. Diantara mereka tidak ada perhubungan secara fizikal, walaupun mungkin di dalam bilik yang sama. Semua ahli komuniti yang terlibat dalam persekitaran pembelajaran maya mesti ada komputer dan boleh mengekses secara talian (on-line)  dari mana-mana tempat di seluruh dunia.



Pelaksanaan 1Bestari.net akan menyediakan prasarana internet berkelajuan lebar dan turut menyediakan sokongan terhadap aplikasi KPM di dalamnya termasuk VLE (Virtual Learning Environment) iaitu menggunakan sistem Frog yang popular di UK untuk kegunaan sekolah di Malaysia. 

Semua sekolah akan diberi pendedahan penggunaan Frog VLE bermula April hingga Julai 2012.

Apakah Frog VLE ?

Frog's Learning Platform offersexceptional creative control enabling teachers, admin staff and even pupils to fully embed their learning platform into the school's working practices and tailor it to the needs of their school. It enables schools to have the ICT-catalysed change capacity essential to the BSF aim of transforming education.


No comments:

Post a Comment