Wednesday 21 March 2012

Apakah Virtual Learning Environment (VLE) ?

Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibubapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemaskini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.


Apakah Lingkungan Pembelajaran Maya (VLE). VLE didefinisikan sebagai lingkungan berbantukan komputer yang memungkinkan adanya interaksi dan penemuan antara pengguna. VLE diperluaskan kerana infrastruktur jaringan pada ketika ini tersebar luas. VLE dapat menampung komuniti pelajar dan mendorong untuk terjadinya interaksi dan diskusi secara elektronik. Pembelajaran secara tradisional, hanya ditentukan dengan waktu, tempat dan ruang, sedangkanVLE ditambah tiga faktor lagi iaitu teknologi, interaksi, dan pengendalian.  VLE  tidak terikat dengan waktu, tidak terbatas dalam batasan geografi, menyediakan ruang isi kandungan untuk para pelajar. VLE juga menyediakan akses untuk sumber isi kandungan. 

Teknologi dalam VLE digunakan untuk menyampaikan cara  belajar dan menyediakan ruang komunikasi antar pengguna. Interaksi dalam VLE adalah tingkat pertukaran ilmu dan hubungan antara pelajar dan instruktur.  VLE adalah suatu ukuran yang mana para pelajar dapat mengendalikan sesi pembelajaran dan pengajaran. Penelitian terkini menyatakan bahawa pembelajaran bermedium teknologi dapat meningkatkan nilai para pelajar, sikap mereka terhadap pembelajaran dan evaluasi dari pengalaman belajar mereka. Teknologi juga dapat membantu untuk meningkatkan interaksi antar guru dan pelajar, dan pembelajaran berpusatkan pelajar (student oriented ). 



Pembelajaran dengan virtual learning iaitu proses pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer yang mempunyai rangkaian internet, fasilitator yang akan diganti oleh menu-menu yang ada pada layer monitor komputer, interaksi antara pendidik dan peserta didik terjadi melalui komputer.Virtual Learning Environment (VLE) adalah sistem peranti perisian yang disokong dengan peranti keras, yang direka untuk memudahkan pengajarmelakukan pengurusan terhadap pembelajaran yang diberikan kepada peserta ajar, khususnya membantu dalam pentadbiran course.

Sistem tersebut dapat mencatat kemajuan (progress) proses belajar, di mana dapat dipantau baik oleh pengajarmaupun peserta ajar. Selain utamanya digunakan untuk proses pendidikan jarakjauh (distance education), sistem tersebut juga boleh digunakan sebagai tambahan atau penunjang dalam kelas biasa.Virtual Learning merupakan pembelajaran dengan menggunakan media elektronik, disampaikan dengan menggunakan media elektronik yang terhubung dengan Internet (world wide web yang menghubungkan semua unit komputer di seluruh dunia yang berhubung dengan internet) dan Intranet (rangkaian yang bisa menghubungkan semua unit komputer dalam sebuah syarikat). Jika anda memiliki komputer yang disambung dengan Internet, anda sudah bisa berpartisipasi dalam e-learning.

 Dengan cara ini, jumlah peserta didik yang dapat ikut menyertai jauh lebih besar dari pada cara belajar secara konvensional di ruang kelas (jumlah pelajar tidak terhad kepada besarnya ruang kelas) Virtual Learning termasuk pembelajaran elektronik atau E-Learning. Elearning adalah pembelajaran baik secara formal mahu pun informal yang dilakukan melalui media elektronik, seperti internet, intranet, CD-ROM, videotape, DVD, TV, handphone, PDA, dan lain-lain (Lende, 2004). Akan tetapi, Virtual Learning adalah pembelajaran yang lebih dominan menggunakan internet (berasaskan web). Lebih jauh ditegaskan bahawa e-Learning diertikan sebagai carabaru dalam proses belajar mengajar. E-learning merupakan dasar dan konsekuensilogis dari perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.Dengan e-learning, peserta didik (learner atau pelajar) tidak perlu duduk di ruang kelas untuk menyemak setiap ucapan dari seorang guru / tutor secara langsung. Virtual Learning juga boleh memendekkan jadual target waktu pembelajaran, dan tentu saja menjimatkan kos yang harus dikeluarkan oleh sebuah program kajian atauprogram pendidikan.

No comments:

Post a Comment